Cute Box Cat

Tuesday, 31 December 2013

kenapa miss tigerr berubah!!!!

assalamulaikummm...

selamat malam semua..malam ini miss tigerr rasa sunyi sangat..tak tahu lah kenapa..nak kata siang tadi tak enjoy dah enjoy pun dengan adik angkat miss tigerrr..hmmm kenapa lah sejak2 ini miss tigerr banyak berubah..miss tigerr pelik lah ramai orang yang rapat dengan miss tigerr kata miss tigerr banyak berubah...

miss tigerr tak sehappy dulu..tak semanja dulu..tak banyak cerita sekarang ini..tapi kan miss tigerr sebenarnya tak tahu kenapa miss tigerr berubah sekarang ini..walhal tak ada siapa yang suruh miss tigerr berubah...dan miss tigerr sendiri pelik kenapa sekerang miss tigerr dah jadi pendiam..selalu dekat rumah ada aja nak share cerita dengan mama..tapi sekerang miss tigerr senyap dan banyak habiskan masa mengahadap blog ini..miss tigerr tak tahu kenapa miss tigerr dah tak text lagi dengan member-member termasuklah dengan si dia..

miss tigerr raasa sekarang miss tigerr dah lain sangat-sangat..dulu miss tigerr tak kuat kalau tak text si dia mesti rindu tu tak dapat kawal..tapi akhir2 ini miss tiger dapat tahan rindu itu..miss tigerr dapat kawal..bukan miss tigerr dah tak sayang..sayang miss tigerr terhadap si dia makin mendalam..tapi entah lah semua..harap tahun 2014 miss tigerr seceria dulu.. 

harap tahun 2014 azam mii tigerr dapat tercapai..pape pun miss tigerr nak ucapakan selamat datang tahun 2014..semoga tahun 2014 lagi baik dan diwarnai pelbagai berita baik dalam hidup miss tigerr..insyallah



salam sayang dari,, 


misss tigerrroreennzzzzz




Sunday, 29 December 2013

petua untuk kuatkan ingatan!!!!

* Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
* Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
* Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yogasaunaaromaterapi dan sebagainya.
* Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
* Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
* Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
* Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.
* Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
In Shaa Allah, niat yang baik pasti akan mendapat hasil yang diberkati! so kepada pembaca miss tigerr ini jangan stress okk..ikutlah petua ini..in shaa Allah berhasill..


salam sayang dari,,

miisss tigerrrorennzzz




simple???

assalamualaikum...

hye semua..hari ini miss tigerr nak share tentang miss tigerr lah..asyik update pasal orang sekeliling jerr kan..miss tigerr hari ini rehat gila tau..dari pagi tak ada buat papa pun..maklumlah mama tak ada dekat rumah..tu yang tak tahu nak buat apa..

miss tigerr ini kan pelik lah kenapa lelaki selalu cakap miss tigerr ganas??ganass sangat kerr miss tigerr ini???miss tigerr terfikir miss tigerr nak kata tak pakai tudung pakai..dah tu kenapa eak dia orang cakap miss tigerr macam lelaki??hmmmmm lama juga lah nak dapat kan jawapan itu kan..

miss tigerr try tanya mama miss tigerr..dia jawab maybe perwatakkan miss tigerr yang agak ganas kot..masa mama beri penjelesan itu miss tigerr tak puas hati lagi.. sampai satu hari itu miss tigerr tengah lepak-lepak dengan twinss miss tigerr..time itu kita orang berdua baru balik dari class account dekat bandar..time itu kami berdua on the way nak balik rumah..time itu miss tigerr tanya lah

korang semua pasti nak tahu kenapa kan..twinn miss tigerr kata miss tigerr ini seorang perempuan yang simple..pelik lah miss tiger apa kaitan simple dengan ganas?? than twinn miss tigerr sambung lagi..dia katta perwatakan miss tigerr ganaz tak selembut perempuan..kalau perempuan senang jatuh kan air mata..tapi miss tiger adalah sahabat yang susah nak keluar kan air mata apabila ada masalah..hmmmm pelik lah..

kamu semua nak tahu tak..kalau miss tigrr keluar bandar ke pergi mana-mana miss tigerr adalah antara orang yang awal siao..sebab miss tigerr ini seorang yang tak berminat nak make-up ini..pernah sekali twinn miss tigerr make up kan miss tgierr..semua kata lawa time itu..tapi time itu miss tigerr rasa sengsara..rasa rimas letak sana letak sini make-up..rasa berat jerr bulu mata ini bila twinn miss tiger letak mascara.

itu lah pertama kali miss tigerr bersolek..lepas kejadian itu jangan harap lah miss tigerr nak solek bagai kan..memang tak lah..miss tigerr lebih suka pakai seluar jeans,t-shirt or kemeja..bagi miss tigerr itu lebih ringkas dari nak pakai gaun skirt bagai..korang mesti terkejut kalau miss tigerr kata skirt miss tigerr ada dan baru diwujudkan..kalau ikut miss tiger jangan harap miss tiger nak beli..itu hadiah dari mama masa kami sekeluarga bercuti di Cameran higlands.heheeh..time itu ambil jerr lah..dah orang bagi kan..tak akan nak tolak..

kalau nak kata miss tigerr pakai skirt itu sekarang itu memang pakai tapi boleh dikira lah..maklumal tak biasa kan..hehhe..ok lh sampai sini dulu cerita kali ini ok..ada masa terluang miss tigerr share lagi..tingkat kan iman semua...



salam sayang darii,,

miss tigerrroreennnzzzz

Saturday, 28 December 2013

kawan!!!

Riuh tawa kita kala remaja yang pongah dalam genggaman
Inginnya mengejar mentari, berlari, menari-nari diatas pelangi
Tiada sesal dan payah dalam cahaya pagi
Berteriak lantang menantang dunia
Menunjuk satu per satu bintang yang berkelip di tengah malam
Aku, kamu kita.. berjalan bersama meniti hari merajut mimpi-mimpi dan asa-asa..
Perlahan tak terasa waktu berjalan
Membawa kita di sebuah perjalanan waktu yang melintasi usia kita
Beranjak dewasa lah jiwa dan alam pikir kita
Tidak lagi berteriak.. tidak lagi berlari
Tapi tetap setia kita dengan menunjuk bintang.. tak lagi banyak
Berdiamlah kita dalam bayang masa..
Mencoba mengerti dan menghitung langkah yang akan tertempuh
Aku, kamu kita berjalan menuju mentari..
Meski berbeda..
Tetap saja ada jalinan cerita-cerita yang tak pernah lekang oleh waktu..
Meski rambut kita memutih..
Angan kita menua..
Mentari memerah
Wajah kita berkerut..
Dan Dia di samping kita. Membelah jiwa yang tadinya satu
Tetap saja akan ada di jiwa ini cerita tentang kawan
untuk kawan yang baru saja menikah:
“ahhh kawan kau telah berlabuh…”
sedang banyak pikiran melintas…
didominasi oleh sesuatu yang bernama kawan!
rindu kawan lama
berbagi teh hangat dan cerita-cerita tentang hidup yang pongah…
menertawakan diri sendiri.. tapi berusaha gagah menantang masa depan..
kadang air mata juga menitik..
membayang berjuta langkah yang telah, sedang dan akan tertempuh…
terkadang termenung, diam…
hanya ingin menjadi penonton pertunjukkan hidup dengan lakon kawan juga…
ada yang tertawa..
ada yang berduka…
dan…….. banyak yang telah menggenapkan jiwa mereka; menikah!
hahaha.. ya.. ternyata tak terasa padang ini telah berubah
tak lagi penuh dengan gelak dan pacu…
semua memilih menetap dan diam…
sedangkan aku…
ya.. berdiam dengan langkah yang memburu..
ingin bertemu masa lalu!




salam sayang dari,,

misss tigerrroreennzzzzz

jatuh bangun semula!!!

assalamualaikumm..

apa khabar semua..harap sihat lah yerr..malam ini miss tigerr tertiba nak share pasal si dia lah..apa lah si dia tengah buat sekarang ini kan..thinking positive..huhuhu..miss tigerr sengaja tak nak bagi tahu kowang semua siapa si dia ini..

kowang semua nak tahu tak semalam si dia first time baca blogg miss tigerr ni..ya allah time tu malu gila miss tigerr..tak tahu nak cakap apa time itu...bukan miss tigerr tak nak bagi dia baca tapi malu lah kan kalau orang yang kita sayang tahu kita cerita pasal dia..opss soryy die mie dah tercerita..hihihih..jangan marah..

walaupun pagi tadi miss tigerr sedih tapi alhamdulilah malal ini dah happy balik..ini semua berkat kawan baik miss tiger bagi miss tigerr semangat tadi petang.kalau dia tak ada tak tahu lah miss tigerr macam mana sekarang ini..pape pun thanxzz yerr bagi miss tigerr semangat tadi..

balik semula cerita pasal si dia ini..makin hari makin lain si dia ini..semakin lama miss kenal dia semakin sayang miss tigerr dekat dia makin mendalam..hmmm sebelum ini miss tigerr pernah sayang orang juga tapi tak adlah mendalam macam dengan si dia..

miss tigerr harap sangat hubungan kami berdua kekal sampai yang kami berdua plan..apa plan kami berdua itu??hmmm korang tak payah tahu lah..nanti dah jadi baru lah boleh share kan??kalau share sekarang tak seronok lah kan..

setiap kali miss tigerr jumpa dia walaupun hati tengah panas terus boleh jadi sejuk..nak kata serasi tu tak lah juga sometimess ada jerr nak digaduhkan kita orang berdua ini..tapi alhamdulilah si dia ini faham miss tigerr macam mana..so kalau gaduh kejap jerr lah..mana lah tahan lama-lama..nanti rindu payah nak diubatkan..hehe..gedik pulak...

si dia ini kan banyak ajar miss tgerr dekat sana..nak tahu dia ajar apa??miss tigerr suka shopingg dengan si dia sebab kalau benda yang tak penting itu miss tigerr beli gak mesti dia tegur..dari situ si dia mengajar miss tigerr jangan membazirr..sebab miss tigerr ini seorang yang boros..pantang ada duit ada jerr nak beli..heheeh

sampai sini dulu coretan miss tigerr yerrr..ada masa miss tigerr update lagi..kalau nak tahu perkembangan relay miss tigerr dengan si dia  teruskan mengikuti blogg miss tigerr..hehehe..jaga diri...


salam sayang dari,,,

miss tigerrroreennzzzz


keindahan dunia





                                                             
 Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu
lesu berapungan di air lalu.

Daun-daun menghijau alangkah segar
kemilau danau disinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.

Malam hiba dadanya ungu luka
pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.




Orang bicara bulan bintang di makmal
pada buku, data dan komputer
lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
bisa kembara di planet dan angkasa.

Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
Suara siapa parau mendera di malam lara
Kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
Kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?




Bulan kini bukan menara kasih jernih
bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.








masih ada peluang kedua kerr untuk kita??

assalamulaikumm..

tak tahu lah petang-petang macam ini miss tigerr terfikir ada peluang kedua kerr dalam hidup kita ini?? dalam islam pernah berkata kalau kita nak berubah menjadi baik mesti amalkan perkara itu selama 40 hari,,

kalau kita kata kita nak berubah pelbagai persepsis orang sekeliling kita kan..tapi kenapa harus wujud macam itu??manusia ini allah beri peluang untuk umat nya untuk berubah..tapi kenapa anatara umat tak nak bagi peluang itu??

miss tigerr mintak dekat korang kalau ada orang sekeliling kita nak berubah kita perlu bagi semangat dan dorongan agar dia berubah..bukan mematahkan semangat..insyallah dengan kita bagi semangat secra tak langsung kita sendiri dapat muhasabah diri kita sendiri..

sampai sini dulu coretan miss tigerr yerr..ada masa miss tigerr update lagi...jaga diri..tingkatkan amal semua..selamat beramal....




salam sayang dari ,,,,

mmiiiiissss tigeerroreennnzz

semalam adalah sejarah

assalamulaikum..

pertama kali miss tigerr nak share storyy sedih lah hari ini..hari ini pelbagai dugaan miss tigerr tempohh...benda yang miiss tigerr tak pernah rasa hari ini dapat depan mata pulak itu...apala yang malang sangat hari ini miss tigerr pun tak tahu...

maaflah miss tigerr dah tak tahu nak luah dekat siapa lagi..blogerr ini lah menjadi tempat luahan miss tigerr happy kerr bad mody kerr..dekat blogg ini lah menjadi peneman miss tigerr sekarang ini..memang lah miss tigerr ada si dia..tapi miss tigerr lebih suka simpan sendiri..tak suka nak share dekat si dia..bukan tak suka tapi tak nak susahkan si dia..dekat bumi bintulu miss tigerr dah banyak susahkan dia...so problem miss tigerr misss tak nak share dengan dia..

kenapa orang lain yang salah kita yang kenal??adakah itu hukum karma dunia??miss tigerr pun tak tahu..kali ini cuti miss tigerr agak terasa dengan keluarga miss tigerr..entah kenapa miss tigerr macam itu...nmiss tigerr kena marah sedangkan bukan salah miss tigerr....

miss tigerr tak sangka keluarga miss togerr boleh cakap macam itu..tapi tak apala..mungkin apa yang dia orang tegur itu betul..miss tigerr berfikiran terbuka,..kalau difikr balik memang sakit hati..tapi miss tigerrsabar jela...miss tigerr dah malas nak fikir..

sampai sini dulu yerr..maaflah kali ini miss tigerr cerita bad news pulak..doakan miss tigerr ok dan dapat semangat balik macam dulu..insyallah...ok byee semua..


salam sayanng dari,,,

miss tigerrroreeenzzzz

Friday, 27 December 2013

berkahwin??

assalamualaikumm..

kali ini miss tigerr nak berkongsi sikit tentang perkahwinan..apa itu perkahwinan..???korang semua jangan salah anggap pulak..miss tigerrr hanya nak berkongsi..tak de pengalaman pun....hehehehe...


 Apakah Kebaikan Berkahwin Muda?

Mungkin ramai yang tidak menyedari kahwin awal mampu memelihara maruah wanita serta keluarganya dari fitnah dan zina. Lebih-lebih lagi ketika berada di pusat pengajian yang sama. Sudah pasti bila ada masa terluang janji temu akan diatur bagi melepas kerinduan. Sekali dua mungkin boleh bertahan tetapi masuk ketiga dan seterusnya, adakah keadaannya masih sama? Ditambah pula jika ‘berdua’ sudah pasti ada yang ketiga iaitu ‘syaitan’. Dengan berkahwin, segala-galanya terjaga.

Perlukah Berkahwin Di Awal Usia?
Tidak dinafi kan, pelajar-pelajar universiti ini ada yang menjalin hubungan lebih dari dua tahun, malah hingga enam tahun. Jadi, dalam tempoh yang begitu lama, agak rugi sekiranya menghabiskan masa bertemu kerana ingin melepaskan rindu tetapi dalam masa yang sama menambah dosa apabila melakukan ‘adegan tambahan’.
Jalan paling baik adalah bertanya secara jujur kepada pasangan sama ada dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga atau sebaliknya. Sekiranya dia bersetuju maka usahakan ke jalan kebaikan tetapi jika dia berdolak-dalih dan gagal berikan alasan yang munasabah sebaiknya lakukan solat istikharah.

Mampukah Bahagia ?
Sebenarnya, usia, tempoh perkahwinan malah apa sahaja bukanlah jaminan untuk mencapai bahagia. Semuanya tergantung kepada pasangan itu sendiri untuk berusaha ke arahnya. Sekalipun ada di antaranya terpaksa berjauhan kerana masing-masing menginap di asrama yang berlainan tetapi itulah yang mengajar erti kerinduan, erti kasih sayang yang sebenar. Berselisih faham itu biasa. Kata orang lumrah dalam rumah tangga tetapi cuba cepat-cepat selesaikannya. Menariknya lagi masing-masing mengetahui tentang tujuan di masa hadapan. Sudah mengetahui diri terikat dengan lafaz ijab dan kabul maka berakhirlah istilah mencari calon yang meletihkan.

 Cara Bahagi Masa Antara Belajar Dengan Rumah Tangga?
Mudah sahaja kalau tahu cara asasnya. Waktu belajar berikan tumpuan sepenuhnya, jangan main-main dan berusahalah untuk berjaya. Tetapi bila dengan suami, tugas sebagai pelajar itu dilupakan seketika. Laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk melayannya sebaik mungkin. Tidak bermakna sepanjang masa perhatian harus dialihkan padanya. Apabila dia keluar atau tidur maka buatlah aktiviti yang anda suka. Senang cerita, kehidupan tak banyak yang berbeza dan usah sekali-sekali anggap ia sebagai bebanan.



insyaallahhh .. miss tigerr selalu pegang kata2 mama miss tigerr .. jodoh dan pertemuan memang ditangan tuhan , tapi kita kena sedar , usaha utk mengekalkan , menyuburkan , menambahkan kasih sayang sesama kita adalah ditangan kita .. kita berdoa .. berharap dan yg PENTING jangan tergesa2 membuat keputusan .. minta pandangan ibu & ayah .. itu yg TERBAIK .. 




kawin muda @ tua x menjadi masalah , hubungan dengan restu mereka insyaallahh dengan izin allah akan membawa bahagia ... 





salam sayang dari,,

misss tigerrroreeennnzzz

masa berpantun pulak...



Angin teluk menyisir pantai   

    Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai   
    Asal pandai mengambil hati



Pergi mendaki Gunung Daik              
   Hendak menjerat kancil dan rusa          
Bergotong-royong amalan yang baik
   Elok diamalkan setiap masa



Air melurut ke tepian mandi
    Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi                   
   Semakin berisi semakin tunduk



Daun sirih ulam Cik Da       
    Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
    Biar merunduk resmi padi



Buah pelaga makan dikikir   
    Dibawa orang dari hulu   
Sebarang kerja hendak difikir          
   Supaya jangan mendapat malu  



Kemumu di tengah pekan          
    Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan   
   Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
   Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu   
   Bagai rumah tidak berdinding



Tulis surat di dalam gelap              
   Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap             
   Jikalau silap awak yang bencana
  
Hendak belayar ke Teluk Betong            
   Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung             
   Bulat manusia kerana muafakat   



 Pakai baju warna biru           
    Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
    Kerana guru pembekal ilmu



Lagu bernama serampang laut
    Ditiup angin dari Selatan    
Layar dikembang kemudi dipaut  
    Kalau tak laju binasa badan



Padi segemal kepuk di hulu   
   Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
   Pasir sebutir jadikan intan.



Budak-budak berkejar-kejar 
   Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar            
  Tentu kita akan berjaya    



Jangan pergi mandi di lombong          
   Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
   Semua kawan akan membenci



Buah cempedak bentuknya bujur
    Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
    Hidup kita dipandang mulia



Jikalau tuan mengangkat peti   
   Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati            
   Kerja yang susah menjadi senang  



Asam kandis mari dihiris            
    Manis sekali rasa isinya    
Dilihat manis dipandang manis
    Lebih manis hati budinya  



Kayu bakar dibuat arang       
   Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
    Cermin muka lihat sendiri   



Selasih tumbuh di tepi telaga   
    Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga   
    Kasih saudara masa berada



Masuk hutan pakai sepatu         
    Takut kena gigitan pacat   
 Kalau kita selalu bersatu           
    Apa kerja mudah dibuat   



Bandar baru Seberang Perai      
    Gunung Daik bercabang tiga
 Hancur badan tulang berkecai    
    Budi yang baik dikenang juga 



Encik Dollah pergi ka Jambi
    Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi    
   Pintu berkancing rezeki datang



Orang haji dari Jeddah               
    Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah   
    Bagai kerja menolak ombak



Pinang muda dibelah dua           
    Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua           
    Ajaran baik jangan diubah 



 Terang bulan di malam sepi             
Cahya memancar kepangkal kelapa
 Hidup di dunia buatlah bakti       
    Kepada ibu dan juga bapa     



Kapal kecil jangan dibelok       
    Kalau dibelok patah tiangnya
 Budak kecil jangan di peluk       
    Kalau dipeluk patah tulangnya   



Asal kapas menjadi benang   
    Dari benang dibuat kain            
Barang yang lepas jangan dikenang     
    Sudah menjadi hak orang lain



Tengahari pergi mengail       
    Dapat seekor ikan tenggiri
 Jangan amalkan sikap bakhil   
    Akan merosak diri sendiri



Kapal Anjiman disangka hantu
    Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu       
    Rosak hati kerana kasih  
   
Tingkap papan kayu bersegi        
   Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi    
   Tinggi darjat kerana bahasa



Anak Siti anak yang manja    
    Suka berjalan di atas titi   
Orang yang malas hendak bekerja          
    Pasti  menyesal satu hari nanti



Bintang tujuh sinar berseri              
    Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati           
    Mana yang dapat jangan dilupa



Parang tajam tidak berhulu   
    Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu       
     Jangan ingkar nasihat guru
Hari malam gelap-gelita
   Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita                
   Jadi kebanggaan zaman berzaman
  
Pergi berburu sampai ke sempadan
     Dapat Kancil badan berjalur
 Biar carik baju di badan           
     Asalkan hati bersih dan jujur



 Pulau Pandan jauh ke tengah   
     Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
    Budi yang baik di kenang juga
    
Ramai orang membeli jamu           
    Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
    Ilmu dicari penyuluh hidup  



 Apa guna berkain batik            
    Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik        
    Kalau tidak dengan budinya   



Berakit-rakit ke hulu               
    Berenang-renang ke tepian   
 Bersakit-sakit dahulu               
    Bersenang-senang kemudian



  Buah cempedak diluar pagar       
    Ambil galah tolong jolokkan
 Saya budak baru belajar           
   Kalau salah tolong tunjukkan  



Pisang emas dibawa belayar   
    Masak sebiji di atas peti
  Hutang emas boleh dibayar       
    Hutang budi dibawa mati



Dalam semak ada duri           
    Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi           
    Macam anjing dengan bayang



 Baik-baik mengirai padi           
    Takut mercik ke muka orang
 Biar pandai menjaga diri           
    Takut nanti diejek orang   



Ke hulu membuat pagar 
   Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar        
    Supaya jangan sesal kemudian



Mari kita tanam halia           
    Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia       
    Nanti tua sesal tak sudah



Padi muda jangan dilurut    
    Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut    
    Kalau diturut salah datang



Cuaca gelap semakin redup            
   Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup              
   Barulah kekal dihormati orang



Orang Daik memacu kuda    
    Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada        
    Buat jahat jangan sekali 



Dayung perahu tuju haluan               
   Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
   Ibarat pokok tidak berbuah



Kalau kita menebang jati              
    Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti   
    Biar lebih kurang jangan



Pinang muda dibelah dua   
    Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua   
   Ajaran baik jangan diubah   



Pantai Mersing kuala Johor                  
   Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur          
  Negara kita aman dan makmur
  
Orang tua patut disegani       
    Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini   
    Bisa lagi lidah yang jahat



Ramai orang menggali perigi
    Ambil buluh lalu diikat   
Ilmu dicari tak akan rugi   
        Buat bekalan dunia akhirat



Tuan Haji memakai jubah                      
   Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah              
   Rezeki segenggam jadi sekarung



Patah gading serpih tanduk
    Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
    Buat apakah ia dimakan



Anak rusa masuk ke taman          
     Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman

     Kalau tua jadikan guru

         
Berakit ke hulu dengan bergalah  
    Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah  
   Kelak biadap dituduhnya pula
Rusa betina berbelang kaki   
     Mati terkena jerat sembat           
Orang yang muda kita sanjungi  
     Orang yang tua kita hormat



Sorong papan tarik papan
     Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan              
    Suruh mengaji awak tak mahu



Adik ke kedai membeli halia
     Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
    Baik hati berbudi bahasa






salam sayang dari,,,

miss tigerrrroreeennnnnzzzz